my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Saturday, December 15, 2012

permohonan kolej

Assalamualaikum.


merujuk kepada gambar diatas (formalnya ayat)..aku tak dapat kolej untuk sem 5 ni, aku dah buat rayuan pun masih gagal.. so aku buat writing letter pulak direct aku hantar dekat unit pengurusan kolej tapi tak dapat lagi jawapan.. so buat sementara ni aku duduk rumah sewa berdekatan dengan U aku.. aku bukan apa, aku lagi suka duduk dalam kolej ni sebab jimat, ye la tak payah bayar sewa..kalau duduk rumah sewa pun hari khamis habis class je terus aku balik penang, then ahad petang class pukul 2 tu baru nak balik sana, macam rugi je bayar sewa sebab banyak lagi masa dekat rumah sendiri..memang kalau duduk dalam kolej ni macam terkongkong sebab susah nak keluar masuk tapi bagi aku yang bukan jenis merayau ni tak kisah lah kan..

 Second, keselamatan terjamin mana taknya orang luar nak masuk dalam pun kena tinggal IC or License.. dari aspek keselamatan yang lain pulak aku pegi kelas naik motor, memang boleh nak naik kereta tapi masalah parking penuh tu yang tak tahan, pusing sampai 3 kali baru nak dapat tu pun ikut nasib jugak..salah parking guard saman kalau tak saman,nasib tak baik kereta boleh kena claim terus..saman dalam U ni bukan sikit- sikit paling murah RM25 tu pun lepas compound kalau tak RM100-150, so aku rasa better aku duduk dalam asrama :)



ni kolej aku sem lepas, selesa sangat- sangat dah tu dapat internet pulak sebab bilik dekat dengan wifi.. doakan aku dapat kolej ok :)


with luv, Fatin's ;)



my last semester

Assalamualaikum.

Lamanya aku tak jenguk belog aku ni entak- entah one day nanti aku tutup account ni terus pe sebab tak layak untuk ada belog bagi warga yang malas macam aku ni... --"

Alhamdulillah, sekarang aku dah start class untuk semester 5... yayyy this is my final semester..so far my class and everything gonna be fine..sebenarnya kan kelas aku dah dua minggu pun tp baru sekarang ada masa terluang nak update belog .. sem 5 ni aku kena struggle more and more sebab sub sem ni sangatlah membunuh.. aku haruslah berubah sikap dan belajar menjadi seorang pelajar yang rajin and bukan lagi jenis study last minutes... cakap je nak berubah kan cakap je la ... --""


sub aku sem ni semua membaca!! I repeat membaca tau, aku ni dah la kurang makan kismis, macam mana lah nak kuatkan daya ingatan ni... tapi alhamdulillah sem lepas aku lulus semua sub so aku percaya sem ni aku boleh buat yang terbaik :)






Wednesday, November 7, 2012

Puding Roti

Assalamualaikum.

sebenarnya plan nak buat puding roti ni semalam tapi memandangkan jari terkepit pintu kereta so tak jadi lah buat semalam... sangat2 simple dan hanya ambil masa 1jam untuk dihidangkan eceh ayat masterchef. 





here nak share the recipe of Puding Roti yang enak, empuk lagi lazat made by Kak Fatin. Kak? ok 20th dah.. 


BAHAN A 
- 2 cawan susu segar
- 8 keping roti putih 

BAHAN B
- 4 sudu makan gula halus
-2 sudu makan mentega (buttercup)
-1 sudu teh esen vanila
-1 sudu makan tepung jagung

BAHAN C
- 2 sudu makan kismis hitam 

BAHAN D
- 1 tin susu cair 
-2 sudu makan tepung kastard
-2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT.
1. hancurkan dan koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit. (susu dutch lady tadi)
2. kacau dan gaul rata bahan B. 
3. masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang
4. bakar pada suhu 180 'C selama 30 minit ataupun sehingga masak. Fatin bakar 40 minit 
5. gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil
6. tuangkan sos tu di atas puding semasa menghidangkan.

fatin tak buat pun sos kastard tu, sbb dah sedap pun kalau tak da sos tu..tapi kalau korang rajin buat lah lagi perfect kan.. and fatin tak letak kismis pun sbb tak suka sangat, so fatin gantikan dengan choc chip sebab ada lebih buat biskut raya haritu kan guna je lah.. senang sangat nak buat Puding Roti ni, selamat mencuba :)

my assistant-

Sunday, November 4, 2012

4th NOV 92

Assalamualaikum.


gambar birthday girl :) happy 20th


pertama sekali syukur alhamdulillah kerana aku diberi kesihatan yang baik dan masih diberi peluang hidup di muka bumi ini... 20 tahun genap umur aku, dengan kesihatan yang baik dan nikmat lain yang aku peroleh sekarang sangat bermakna.. ya Allah, engkau maha mengetahui perjalanan hidup hamba mu, engkau perancang terbaik dan engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani :'(

kalau di ingatkan balik 20tahun hidup aku, apa yang aku buat? apa ibadah ku? amalan ku cukup ke tidak, diterima ke tidak?? ya Allah, lagi panjang umur ini, lagi banyak dosa yang bakal dibuat walaupun setiap doa selepas solat,aku memohon engkau jauhkan aku dari melakukan kemungkaran.....  tapi manusia tidak lari dari melakukan kesalahan, aku ingin mencegah tapi apakan daya iman seseorang itu tidaklah tetap, jika dilawan dengan nafsu, 90% nafsu boleh menang... 


Selamat Ulang Tahun kelahiran untuk diri aku yang ke 20 tahun... semoga dengan usia yang engkau berikan ini ya Allah, aku dapat menjadi wanita yang baik serta  mendapat redha dan rahmatMU :'(  jika selama 20tahun hidupku didunia ini banyak melakukan dosa, kau ampunilah dosa- dosa ku ya Allah...

semoga :
dimurahkan rezki
ditetapkan iman,
diberikan akhlak yang terpuji,
mempunyai pekerti yang mulia,
menjadi wanita solehah,
menjadi hampa yang bertaqwa,
menjadi anak yang taat,
mempunyai ilmu yang bermanfaat,
dan akhir sekali: semoga ditemukan jodoh dengan lelaki yang soleh, yang mendapat redha dan rahmatmu :'(
semoga kita memperoleh kebahagiaan kehidupan didunia dan akhirat InsyaAllah ...



Wasalam......