my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Thursday, September 5, 2013

Pengalaman Si Fatin

Assalamualaikum. lama betol tinggalkan blog ni, ingatkan masa zaman student je busy tapi dah bekerja ni double triple busy :)

straight to the point, sekarang dah mula memikul tanggungjawab sebagai Admin & Sales Support Executive di salah sebuah syarikat swasta. Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah bagi ni, dapat majikan yang baik dan pemurah, takde gab antara orang atas dan bawahan lebih kepada berkongsi pendapat.. oh emm gee  memang susah nak dapat majikan macamni lebih - lebih lagi majikan aku bukanlah sebangsa dengan aku.

Dengan itu, aku sekarang dalam dua situasi sama ada nak teruskan pelajaran di peringkat  ijazah sarjana muda (sepenuh masa) atau terus bekerja. Setelah bertanya beberapa rakan dan kakak/abang senior mereka nasihatkan jangan tinggalkan kerja sebab peluang hanya datang sekali, jadi aku ambil keputusan untuk tidak tinggalkan kedua-duanya bekerja dan dalam masa yang sama belajar "najwa latif boleh pun menyanyi time dia nak spm" ehehhhheeee.

PJJ/PLK Pengajian Jarak Jauh/ Pengajian Luar Kampus. maybe ambil masa dalam 3-4 tahun untuk tamatkan degree tapi aku dah dapat pengalaman bekerja itu yang penting. ala fatin, muda lagi sekarang baru umur 20 bulan 11 baru masuk 21 dalam umur 25 awak habis lah study (sedapkan hati sendiri) berkenaan yuran tak payah risau sebab dah boleh tanggung sendiri dari gaji bulan yang dapat so tak perlu ambil pinjaman.

dah start kerja ni baru tahu apa itu kehidupan.. dulu zaman student duit ada je dalam account nak joli pergi main bowling tiap minggu, makan sedap- sedap tapi sekarang ohhh nooo cukup bulan nak bayar kereta, nak beli barang rumah, minyak kereta lagi kalau sehari 1k tu dapat pegang kejap je lah bowling pon sebulan sekali jangan hareppp . lepas kerja baru tahu erti susah nak cari rezeki tu dan baru tahu jangan membazir huwaa...

jadi dinasihatkan student- student di luar sana akak fatin sarankan berjimat lah sebab base on pengalaman fatin sendiri dulu boros sangat.. dah start kerje ni baru tahu nak saving baru nak buka account asb/ tabung haji dll ..


 Appointment Letter ecehh haha ^.^
 minggu 1st semak dulu company profile, document, study lah apa yang patut kann
 

Ya Allah, engkau permudahkan lah segala urusan hamba mu ini, murahkan rezeki dia dan berkati lah rezeki yang diterima.. moga kita semua diperoleh rahmat dunia dan akhirat. Insya Allah. Amen