my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Saturday, December 15, 2012

permohonan kolej

Assalamualaikum.


merujuk kepada gambar diatas (formalnya ayat)..aku tak dapat kolej untuk sem 5 ni, aku dah buat rayuan pun masih gagal.. so aku buat writing letter pulak direct aku hantar dekat unit pengurusan kolej tapi tak dapat lagi jawapan.. so buat sementara ni aku duduk rumah sewa berdekatan dengan U aku.. aku bukan apa, aku lagi suka duduk dalam kolej ni sebab jimat, ye la tak payah bayar sewa..kalau duduk rumah sewa pun hari khamis habis class je terus aku balik penang, then ahad petang class pukul 2 tu baru nak balik sana, macam rugi je bayar sewa sebab banyak lagi masa dekat rumah sendiri..memang kalau duduk dalam kolej ni macam terkongkong sebab susah nak keluar masuk tapi bagi aku yang bukan jenis merayau ni tak kisah lah kan..

 Second, keselamatan terjamin mana taknya orang luar nak masuk dalam pun kena tinggal IC or License.. dari aspek keselamatan yang lain pulak aku pegi kelas naik motor, memang boleh nak naik kereta tapi masalah parking penuh tu yang tak tahan, pusing sampai 3 kali baru nak dapat tu pun ikut nasib jugak..salah parking guard saman kalau tak saman,nasib tak baik kereta boleh kena claim terus..saman dalam U ni bukan sikit- sikit paling murah RM25 tu pun lepas compound kalau tak RM100-150, so aku rasa better aku duduk dalam asrama :)



ni kolej aku sem lepas, selesa sangat- sangat dah tu dapat internet pulak sebab bilik dekat dengan wifi.. doakan aku dapat kolej ok :)


with luv, Fatin's ;)



my last semester

Assalamualaikum.

Lamanya aku tak jenguk belog aku ni entak- entah one day nanti aku tutup account ni terus pe sebab tak layak untuk ada belog bagi warga yang malas macam aku ni... --"

Alhamdulillah, sekarang aku dah start class untuk semester 5... yayyy this is my final semester..so far my class and everything gonna be fine..sebenarnya kan kelas aku dah dua minggu pun tp baru sekarang ada masa terluang nak update belog .. sem 5 ni aku kena struggle more and more sebab sub sem ni sangatlah membunuh.. aku haruslah berubah sikap dan belajar menjadi seorang pelajar yang rajin and bukan lagi jenis study last minutes... cakap je nak berubah kan cakap je la ... --""


sub aku sem ni semua membaca!! I repeat membaca tau, aku ni dah la kurang makan kismis, macam mana lah nak kuatkan daya ingatan ni... tapi alhamdulillah sem lepas aku lulus semua sub so aku percaya sem ni aku boleh buat yang terbaik :)






Wednesday, November 7, 2012

Puding Roti

Assalamualaikum.

sebenarnya plan nak buat puding roti ni semalam tapi memandangkan jari terkepit pintu kereta so tak jadi lah buat semalam... sangat2 simple dan hanya ambil masa 1jam untuk dihidangkan eceh ayat masterchef. 





here nak share the recipe of Puding Roti yang enak, empuk lagi lazat made by Kak Fatin. Kak? ok 20th dah.. 


BAHAN A 
- 2 cawan susu segar
- 8 keping roti putih 

BAHAN B
- 4 sudu makan gula halus
-2 sudu makan mentega (buttercup)
-1 sudu teh esen vanila
-1 sudu makan tepung jagung

BAHAN C
- 2 sudu makan kismis hitam 

BAHAN D
- 1 tin susu cair 
-2 sudu makan tepung kastard
-2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT.
1. hancurkan dan koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit. (susu dutch lady tadi)
2. kacau dan gaul rata bahan B. 
3. masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang
4. bakar pada suhu 180 'C selama 30 minit ataupun sehingga masak. Fatin bakar 40 minit 
5. gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil
6. tuangkan sos tu di atas puding semasa menghidangkan.

fatin tak buat pun sos kastard tu, sbb dah sedap pun kalau tak da sos tu..tapi kalau korang rajin buat lah lagi perfect kan.. and fatin tak letak kismis pun sbb tak suka sangat, so fatin gantikan dengan choc chip sebab ada lebih buat biskut raya haritu kan guna je lah.. senang sangat nak buat Puding Roti ni, selamat mencuba :)

my assistant-

Sunday, November 4, 2012

4th NOV 92

Assalamualaikum.


gambar birthday girl :) happy 20th


pertama sekali syukur alhamdulillah kerana aku diberi kesihatan yang baik dan masih diberi peluang hidup di muka bumi ini... 20 tahun genap umur aku, dengan kesihatan yang baik dan nikmat lain yang aku peroleh sekarang sangat bermakna.. ya Allah, engkau maha mengetahui perjalanan hidup hamba mu, engkau perancang terbaik dan engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani :'(

kalau di ingatkan balik 20tahun hidup aku, apa yang aku buat? apa ibadah ku? amalan ku cukup ke tidak, diterima ke tidak?? ya Allah, lagi panjang umur ini, lagi banyak dosa yang bakal dibuat walaupun setiap doa selepas solat,aku memohon engkau jauhkan aku dari melakukan kemungkaran.....  tapi manusia tidak lari dari melakukan kesalahan, aku ingin mencegah tapi apakan daya iman seseorang itu tidaklah tetap, jika dilawan dengan nafsu, 90% nafsu boleh menang... 


Selamat Ulang Tahun kelahiran untuk diri aku yang ke 20 tahun... semoga dengan usia yang engkau berikan ini ya Allah, aku dapat menjadi wanita yang baik serta  mendapat redha dan rahmatMU :'(  jika selama 20tahun hidupku didunia ini banyak melakukan dosa, kau ampunilah dosa- dosa ku ya Allah...

semoga :
dimurahkan rezki
ditetapkan iman,
diberikan akhlak yang terpuji,
mempunyai pekerti yang mulia,
menjadi wanita solehah,
menjadi hampa yang bertaqwa,
menjadi anak yang taat,
mempunyai ilmu yang bermanfaat,
dan akhir sekali: semoga ditemukan jodoh dengan lelaki yang soleh, yang mendapat redha dan rahmatmu :'(
semoga kita memperoleh kebahagiaan kehidupan didunia dan akhirat InsyaAllah ...



Wasalam......




Tuesday, October 30, 2012

my dearest STELLA

Assalamualaikum.

entry kali ni taknak cerita pasal aku dah, nak cerita pasal baby aku iaitu STELLA my only princess hikhik :)
stella sudah berusia setahun.. time beli umur dia 3bulan comel je anyoyoooo.. 

my baby 3 bulan :)

stella antara kucing parsi yg sgt aktif, mostly kucing jenis ni malas n tido je sepanjang hari kan, kalau tak tido makan tp stella lain dia pantang nampak apa benda kecik pn mesti buat main kalau dapat cicak, dia main cicak sampai hancur cicak tu dibuatnya  :O

 muka lemah lembut je ea kau stella hehe =)

 dah tunjuk perangai sebenar, manja kemain lg nih sayang dia sgt2  :)

stella said: please dont take my mummy go away hikhik :p

 stella mmg tak suka tengok camera stella nih tak sporting lah  -_-"

dia paling jeles kalau org main laptop.. tgk lah perangai boleh tido atas keyboard ..

stella 5month :)

kita nak buka dia pn sibuk lah nak buka haha..

sekarang stella xda dekat rumah sebab letak dekat rumah kawan mama bg kawin, da besar kan setahun da, sampai masa dah la, macam manusia jugak kan.. :]

nak tengok tak stella punya pasangan??

hello my name snowy... hikhik how cute his face... alahai tak boleh bayangkan baby stella nanti mcmna  :)

kalau nak tahu bagi kawin stella ni saja hantaran dia RM300 sama dgn harga cincin emas dah haha.. tengok lah nak baka elok ke x kalau nak baka biasa je around RM100 tp yg hidung penyek mcm snowy ni mahal la.. kalau kat kedai kucing macam snowy ni baby lg dalam 2month org jual RM1200.. kalau da besar snowy ni RM5000-8000 huh kucing saja kan...

rindu stella dah walaupun baru xda 2hari :'(




Sunday, October 28, 2012

balik dari wedding kawan..

Assalamualaikum.

memandangkan aku xtangkap gambar time raya aidiladha semalam so harini dapat lah tangkap gambar pki baju kurung, tu pn sbb balik dari wedding kawan.. kawan2 skrg ramai yg dah mula dengan fasa baru.. next week ada wedding kawan lagi :)

aku tak beli pn baju raya utk aidiladha ni, pakai mana yang ada ja..  gambar2 yang tangkap ni lepas balik dari kenduri :)

 macam ready tak ready je nak amik gambar hehe :)

 camera canon ni effect dia sgt bagus sbb nampak cerah -hakikatnya O_o ??

 muka macam terharu- wahhhh-

dah boring- jom balik jom balik~

wasalam- :)

Friday, October 26, 2012

my first time- seoul garden

Assalamualaikum.

lama betol tak sign in blog ni.. walaupun cerita ni dah basi tapi nak cerita jugak.. my first time having seoul garden.. before this pernah dengar je tp x pernah makan n tak tahu pn makanan kat situ more to seafood (sgt ketinggalan) -__- aku boleh pegi sini pn kawan2 ukm ni ajak , i just follow sebab teringin jugak kan nak makan best2.. diorang bawa student card so ada less about RM5, ak ni mana lah tahu ada diskaun segala nama pun 1st time kan so aku sorg ja bayar lebih -__- 

memang best betol dapat makan kat sini sebab korang nak makan ape je semua  boleh amik.. aku suka betol sotong and udang and ketam and semua jenis makanan laut walaupun mengidap resdung tahap kritikal -__-  

seoul garden yang aku pegi ni dekat one utama, but beware some seoul garden ada yang non halal so better before nak pegi makan tu search dulu... yang aku tau, dalam gurney plaza halal  n yang tak halal dekat belah luar gurney plaza area mcd tueee.. 

 the opening :)

 masih bersih dan teratur.. semua sibuk pegi amik makanan  :)

 segment masak memasak, steamboat yg sgt awesome *_*

 rajin kak yana n kak epi masak hikhik aku masak kang tak pasal2 hangit  :D

 muka org kenyang -__- 

 perut kenyang hati senang .. betul idak?

muka macam nak tahan senyum tak tahan.. last2 jadi mcm ni -__- (bila boleh nak dpt handbag coach kan) 


wasalam... 

Thursday, July 19, 2012

Peneman Masa Study.

Assalamualaikum.

basically, student ni kalau tengah- tengah malam mesti dia lapar, lagi membuatkan lapar tu bertambah menjadi kuasa dua adalah time study...  


this is my fav kudap- kudap..kalau korang rasa sekali mesti next time nak lg, tp manis sgt, nama pun madu kan haruslah manis.. next


..............
biskut teddy ni sgt sedap... kalau pack mcmni sekali mengadap je lah langsai.




Sunday, May 6, 2012

girls hangout ♥

Assalamualaikum.
yesterday having fun with my friends at jusco perda.. ni kawan- kawan aku time sek men teknik.. 
aku duduk asrama barulah aku rapat dengan dorg ni ♥ 


 # akhirnya dapat jugak aku position tengah- tengah :p (baju kuning 'mira' macam tak puas hati ja) haha

 # gambar aku tak da sedih -.-" ni semua gara- gara semua nak masuk dalam gambar jadi aku mengalah! (baiknya teyn) :p

 # kata sara ni gambar dia paling cute haha! 
 # candid picture i like! :) thanks bie 

 # happy to have friend like this. tak da dengki- dengki pown diaorang neh. baik je
dari kiri: bie, mira,sara,ketam,aku,nad,maksu :)

 # ala manje- manje ngan sara bukan selalu :)

 # aku tersepit 

# last.. thank so much girls.. hope dapat jumpa uolsss lagi tapi ni tak cukup geng, ramai lagi yang tak boleh join.. tak pa nanti kita kumpul geng kita jumpa raya nanti tau :) muahkxx 

keep loving me 

Friday, April 27, 2012

Lelaki romantik? woww

Assalamualaikum..
lelaki romantik idaman setiap wanita! kasar mana wanita tu, keras mana hati dia akan lembut dek tingkah laku lelaki yang bersikap romantik neh! sini- sini nak habaq apa yang dimaksudkan dengan lelaki romantik neh! >.<"

Bukakan pintu kereta.  
Bukan si wanita mengada-ngada tak reti nak buka sendiri tp ada kalanya cara ni membuatkan hati si wanita tak lena tido teringatkan si jejaka! awwww.. xpernah buat?  lepasni buat paham?? :D

# Tarikkan kerusi untuk si wanita. 
Selalunya saat ni anda mesti ada di restoran atau mana- mana majlis. Lelaki! ni lah masanya nak tambat hati wanita, korang tarikkan kerusi untuk si gadis, si gadis akan rasa dirinya dihargai ok!! xpernah buat jugak?? buat lepas ..

#Kirimkan bunga.
Perkara biasa kirimkan bunga ini tapi akan jadi luar biasa jika bunga ini dikirimkan pada bukan hari istimewa!Selalunya si gadis dapat bunga pada hari konvo, birthday dan anniversary.. mari buat kelainan! :)

#Tiupkan mata yang termasuk habuk.
 "Mata saya macam masuk habuk la" lelaki pun jangan nak tercegat macam patung, ni lah masanya nak    tiupkan mata si gadis! tiupkan je k jangan nak over pulak!

#Pakai sedondon.
Kebanyakkan lelaki tak berapa gemar mengenakan pakaian sedondon dengan pasangan mereka, tp ni juga salah satu perkara yang romantik ya uolssss... 

#Merajuk?
 Tak tahu cara nak memujuk wanita merajuk?? ok hand phone kan sekarang makin canggih, iphone ,i pad, galaxy lah, berryitam lah.. lukis pada kertas A4 "saya minta maaf" "im so sorry" "maafkan saya" "do forgive me" lepastu lukis smile yang comel- comel atau cartoon yang kelakar lepas tu tangkap gambar apa yang anda lukis tadi dan sent gambar tu pada si wanita atau pos pada wall fb mereka!! Tengoklah hasilnya :)



selamat menjadi lelaki yang romantik! 
keep loving me 
     


Wednesday, April 25, 2012

pregnancy dress

Assalamualaikum.



i do dream to wear this jeans dress... tapi just try dalam fitting room sebab badan aku dgn akak sulung sama, just try cause nak bagi hadiah untuk kakna yang mengandung about 2month.. congrat kakna, so zati ada dua anak buah tahun ni hee...dan stella akan di anak tirikan selepas ini! will upload pic baby stella soon >.<"


keep loving me 

Friday, April 20, 2012

TUDUNG BAWAL 3TONE

Assalamualaikum.
tudung bawal 3tone updated 

SAMPLE PICTURE WITH CODE FOR ORDER
*****
*****
*****

*****
 
*****
*****
 *****
 *****



SEHELAI RM 17 (EXCLUDE POSTAGE)
POSTAGE RM 6 FOR (1-6 HELAI)
BELI LEBIH 5HELAI DAPAT DISKAUN
CARA ORDER, EMAIL OR PM FB
email: yunkie_teyn@yahoo.com

PAYMENT: MAYBANK and BANK ISLAM
INBOX ME YOUR
NAME:
ADDRESS:
NO TEL:
happy shopping :)