my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Wednesday, November 7, 2012

Puding Roti

Assalamualaikum.

sebenarnya plan nak buat puding roti ni semalam tapi memandangkan jari terkepit pintu kereta so tak jadi lah buat semalam... sangat2 simple dan hanya ambil masa 1jam untuk dihidangkan eceh ayat masterchef. 





here nak share the recipe of Puding Roti yang enak, empuk lagi lazat made by Kak Fatin. Kak? ok 20th dah.. 


BAHAN A 
- 2 cawan susu segar
- 8 keping roti putih 

BAHAN B
- 4 sudu makan gula halus
-2 sudu makan mentega (buttercup)
-1 sudu teh esen vanila
-1 sudu makan tepung jagung

BAHAN C
- 2 sudu makan kismis hitam 

BAHAN D
- 1 tin susu cair 
-2 sudu makan tepung kastard
-2 sudu makan gula

CARA MEMBUAT.
1. hancurkan dan koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit. (susu dutch lady tadi)
2. kacau dan gaul rata bahan B. 
3. masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang
4. bakar pada suhu 180 'C selama 30 minit ataupun sehingga masak. Fatin bakar 40 minit 
5. gaulkan bahan sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil
6. tuangkan sos tu di atas puding semasa menghidangkan.

fatin tak buat pun sos kastard tu, sbb dah sedap pun kalau tak da sos tu..tapi kalau korang rajin buat lah lagi perfect kan.. and fatin tak letak kismis pun sbb tak suka sangat, so fatin gantikan dengan choc chip sebab ada lebih buat biskut raya haritu kan guna je lah.. senang sangat nak buat Puding Roti ni, selamat mencuba :)

my assistant-

1 comment:

  1. baby stella jaa makan smua...
    mana aci maa...

    ReplyDelete