my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Thursday, September 5, 2013

Pengalaman Si Fatin

Assalamualaikum. lama betol tinggalkan blog ni, ingatkan masa zaman student je busy tapi dah bekerja ni double triple busy :)

straight to the point, sekarang dah mula memikul tanggungjawab sebagai Admin & Sales Support Executive di salah sebuah syarikat swasta. Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah bagi ni, dapat majikan yang baik dan pemurah, takde gab antara orang atas dan bawahan lebih kepada berkongsi pendapat.. oh emm gee  memang susah nak dapat majikan macamni lebih - lebih lagi majikan aku bukanlah sebangsa dengan aku.

Dengan itu, aku sekarang dalam dua situasi sama ada nak teruskan pelajaran di peringkat  ijazah sarjana muda (sepenuh masa) atau terus bekerja. Setelah bertanya beberapa rakan dan kakak/abang senior mereka nasihatkan jangan tinggalkan kerja sebab peluang hanya datang sekali, jadi aku ambil keputusan untuk tidak tinggalkan kedua-duanya bekerja dan dalam masa yang sama belajar "najwa latif boleh pun menyanyi time dia nak spm" ehehhhheeee.

PJJ/PLK Pengajian Jarak Jauh/ Pengajian Luar Kampus. maybe ambil masa dalam 3-4 tahun untuk tamatkan degree tapi aku dah dapat pengalaman bekerja itu yang penting. ala fatin, muda lagi sekarang baru umur 20 bulan 11 baru masuk 21 dalam umur 25 awak habis lah study (sedapkan hati sendiri) berkenaan yuran tak payah risau sebab dah boleh tanggung sendiri dari gaji bulan yang dapat so tak perlu ambil pinjaman.

dah start kerja ni baru tahu apa itu kehidupan.. dulu zaman student duit ada je dalam account nak joli pergi main bowling tiap minggu, makan sedap- sedap tapi sekarang ohhh nooo cukup bulan nak bayar kereta, nak beli barang rumah, minyak kereta lagi kalau sehari 1k tu dapat pegang kejap je lah bowling pon sebulan sekali jangan hareppp . lepas kerja baru tahu erti susah nak cari rezeki tu dan baru tahu jangan membazir huwaa...

jadi dinasihatkan student- student di luar sana akak fatin sarankan berjimat lah sebab base on pengalaman fatin sendiri dulu boros sangat.. dah start kerje ni baru tahu nak saving baru nak buka account asb/ tabung haji dll ..


 Appointment Letter ecehh haha ^.^
 minggu 1st semak dulu company profile, document, study lah apa yang patut kann
 

Ya Allah, engkau permudahkan lah segala urusan hamba mu ini, murahkan rezeki dia dan berkati lah rezeki yang diterima.. moga kita semua diperoleh rahmat dunia dan akhirat. Insya Allah. Amen









Wednesday, April 24, 2013

Pengalaman Interview dan Sedikit Tips. Part 1

Assalamualaikum. Hai. "kenyit- kenyit mata sambil buat muka cute ala-ala gwiomi, sekarang kan tengah fenomena gwiomi sampai aku yang tak minat korea ni pun jadi minat bahaha"

Aku nak share sikit ilmu dan pengalaman aku interview baru-baru ni. Alhamdulillah sekarang aku dah kerja dekat pejabat guaman area Butterworth, Penang. Aku bukan nak bongkak dan tidak sama sekali berlagak nak cakap yang aku ni dah dapat kerja, aku nak share je pengalaman aku kalau korang rasa tak puas hati atau rasa macam pengalaman aku tak best sebab pengalaman korang lagi best pegi tulis kat blog sendri bhahaa.

Ceritanya bermua disini: Aku call pejabat ni tanya kerja kosong sebab dapat nombor fon office ni pun dari kawan aku, so aku call office ni dalam pukul 3.00 petang, aku call terus boss kat situ

Aku: Assalamualaikum, saya Fatin Izzati dari sekian sekian sekian  .... Saya nak tanya berkenaan jawatan kosong?
Boss: Waalaikumsalam, ya, masih ada jawatan kosong, awak free ke harini 
Aku:  saya free 
Boss: boleh awak datang office pada pukul 5petang ni,
Aku: boleh, bagi alamat office?
Boss: @#$%^^()(*&^ (bagi alamat office)

aku pun bagi tahu mama n ayah yang aku kena pegi interview pukul 5ptg ni, ayah tak bagi pegi sorang so mama kenalah teman anak dia ni pegi office tu ye lah ayah pelik sebab orang interview selalunya pagi tapi aku ni time nak tutup office dah mana tak cuak orang tua tu kan :)

aku pun bersiap iron baju kurung semangat nih nak pilih baju pun dekat setengah jam (perempuan kan), siap-siap aku pun sampailah office tepat pukul 5ptg tu, sampai je aku jumpa lah receptionist cakap nak jumpa En sekian ni. dia bagi aku duduk dekat client room dalam 5minit mcamtu aku kena bagi IC n isi borang permohonan kerja. selesai satu sesi ni.

sesi kedua aku kena buat typing test (ujian menaip) cuak gila aku mana taknya tetiba kena typing test dengan aku tak ready apa pun, so dengan tak confident nya aku buat typing test tu, dapat text in english so aku pun buat lah dengan focus ye lah kena taip cepat sebab set time. habis je masa tu tunggu dalam berapa minit dia panggil masuk dalam bilik boss. Ok ni saat yang paling aku gabra, nak pegi ke bilik boss tu kena lalu dekat depan all staff, so sedikit menjadi tumpuan dan gabra meningkat ke tahap maksimum.

masuk bilik Boss bagi Salam. kalau dia tak suruh duduk jangan duduk sampai boss tu pelawa suruh duduk baru duduk.(sedikit tips). make sure korang sediakan resume yang printed, sebab first dia akan review our resume and lepas tu baru dia suruh perkenalkan diri. dia bagi aku pilihan whether nak introduce diri melalui bahasa inggeris or bahasa melayu, Boss," if u choose english its ur advantage" so aku pun terkeluar lah perkataan yang pertama dengan menggunakan bahasa inggeris sebab gabra punya pasal dia cakap macamtu. bahaha.

Paling penting yang akan di nilai is experience. Aku bold kat situ sebab nak mengatakan bertapa pentingnya pengalaman bekerja tu. "If u have degree but zero in experience there is noting and when u have a diploma/stpm/spm with 2-3 years experience u are the person who are company looking for"

And if u are with zero experience once u are been invited into interview, make them confidence with u which is  tell them if they are not giving u chances to work here (that company) how u will gain the experience and this is the sentences that I use for hihii. So here I sharing you some tips and pengalaman aku dimana aku nak korang amik yang baik and buang yang buruk, yang buruknya please please please reduce ur nervous feeling dimana akan menggangu anda dalam interview tersebut. Banyak lagi nak share sebenarnya and nak cerita my first day bekerja, tapi nanti tunggu Part 2 punya ye. Harap- harap aku dikurniakan kudrat yang lebih bagi memastikan post Past 2 aku boleh di publishkan bhaha :D

Thanks for read this post 
ambil yang jernih dan buang yang keruh :)
semoga anda semua dimurahkan rezeki dan ingat rezeki tu tak akan datang tanpa usaha
With Luv Fatin
Wasalam 






Saturday, April 20, 2013

End of Diploma.

Assalamualaikum. Hai, Lambai Tangan =)

Dari Dec 2010- Apr 2013 Diploma in Public Administration, UITM Merbok, Kedah.

Lama tau duduk kedah, sampai sekarang balik penang cakap kedah dah "awat tah taktau" "kat mana tah taktau" antara fav ayat yang dah lekat dimulut ahah. Kalau nak cakap pasal duit belanja habis dekat minyak kereta je la sebab rajin sangat balik, pantang lah class cancel, pantang lah weekend takda program khamis sampai lah rumah :)


at the end habis jugak study, Alhamdulillah, syukur ya Allah bagi peluang ni. In sya Allah kalau diberi peluang dan rezki sambung degree nanti dapat timba ilmu baru dekat tempat lain mana tahu kan. hopefully dapat sambung degree sebab tak puas lagi nak belajar and banyak benda lagi nak kena belajar dan perlu ada dalam hidup ni.

Banyak sangat pengalaman di UiTM Merbok, kena marah dengan guard sebab balik lambat, padahal family hantar, dia suruh jalan masuk tambah pulak dalam masa tu hujan (sampai hati pak guard tu). yang paling anti sekali dengan guard lah sebab banyak benda yang terhalang.

contohnya haritu class pagi kul 8pagi ada quiz pulak, dah jalan setengan perjalanan nak sampai class dah, guard tunggu, kena pulak time tu tertinggal matrik card, patah balik bilik pergi ambil matrik card tengok- tengok patah balik guard dah tak da, sampai class lambat quiz pun dah start, kerusi plak tak cukup, dah lambat bertambah lambat.

Baru cerita pasal guard dah satu perenggang belum lagi cerita pasal budak mandi lama dekat shower ahahh.. kita ni pergi class sampai balik class tak habis- habis lagi mandi. boleh anda bayangkan tak? kalau aku mandi lama ni habis lah kecut jari- jari tambah plak time pagi dengan sejuk tapi budak ni steady je tau. engkau tak do. Kalau nak cerita pasal kenangan ni memang banyak lah kan   =)




ready for presentation. haa nampak kan muka excited kat situ =)

boleh kira lah aku pegi library brapa kali ja. ni pulun sebab paper Law. Law k Law yang susah and banyak sangat case should be remembered arrgh mengeluh* sapa yang sambung study course law ni mmg aku  saluttttt =)

aww omey omey one for me one for Ilah. walhal tak pakai sangat pon saja buat bagi ada =)

mereka budak sekolah lagi. ok tak ni just for short iklan our assessment work (part 4)
 zoom in see the twin beside me.

 hanya berbekalkan dua highlighter dan sebatang pen bukan untuk menulis note malah sebagai tongkat dagu serta membuat muka boring sudah memadai untuk class 2jam .
tudung instant adalah kegemaran aku by 15minit boleh siap ke kelas. Kan dah tak membuang masa tido aku :)

 nampak sangat asyik pakai baju yang sama, just tukar- tukar tudung ja bhaha..

 meja memang selalunya kemas sebab yang selalu disepahkan adalah katil. study bukan dimeja tapi dikatil, agak mengantuk tido terus kan =)

Tabung hasil buat business print n photostat Alhamdulillah banyak jugak dapat. Tabung ni dari aku zaman sekolah.










Have a Nice Day :) Wasallam
With Luv Fateynss 


Friday, March 22, 2013

my study week :)

Assalamualaikum. hai, "lambai tangan" :p

lamanya tak update blog. sebenarnya banyak sangat benda nak share tapi masa tak mengizinkan, aku sekarang tengah study week. study week lah sangat kan tengok- tengok tengah syok dok makan dekat Amanjaya Mall (paling dekat dengan uitm kedah) :)

my first paper on ths coming thursday 28hb march (Local Government) then follow with another 5 papers huhh sabar* :) doakan yang terbaik utk ftn k... harap sangat dapat grad on time sama- sama dengan kawan2.. paki jubah besau tu, pakai topi petak tu, then kalau time nak tangkap gambar baling topi ramai2 then tangkap balik topi tu then baling lagi (berulang sampai dapat gambar yang paling cantik) aaaaaaaa (my dream) hihiihii

habis final on 13th april gua nak qada semua tido yang tak cukup sehingga melahirkan mata panda -_- lepas tu nak cari kerja :)

mohon doakan saya (fatin Izzati) dapat menjawap final exam utk final year ni dengan tenang, lapang dada dan di berikan petunjuk :) aminnn

gambar dinner baru- baru ni.. we are classmates..we are senior. ths is our final year. 
since 2010-2013 Dip Pentadbiran Awam (UiTM Kedah)

muka sebelum final macam sama je selepas final xda felling takut langsung haha (:

With Luv Fatin







Saturday, February 16, 2013

hello? :)

Assalamualaikum.
actually i have no idea what i want to wrote down in this entry and it just to sure that my blog are still alive.(ok still hidup) yeahh. So, there is nothing special to share but nowadays i have been quite busy because too much assignment to be submitted and too much test that will make me stress huhh --" (nasib last sem fatinss) so pray for my best dear..
gambar time I sem 3 at faculty art and design

much love: Fatins