my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Saturday, December 15, 2012

permohonan kolej

Assalamualaikum.


merujuk kepada gambar diatas (formalnya ayat)..aku tak dapat kolej untuk sem 5 ni, aku dah buat rayuan pun masih gagal.. so aku buat writing letter pulak direct aku hantar dekat unit pengurusan kolej tapi tak dapat lagi jawapan.. so buat sementara ni aku duduk rumah sewa berdekatan dengan U aku.. aku bukan apa, aku lagi suka duduk dalam kolej ni sebab jimat, ye la tak payah bayar sewa..kalau duduk rumah sewa pun hari khamis habis class je terus aku balik penang, then ahad petang class pukul 2 tu baru nak balik sana, macam rugi je bayar sewa sebab banyak lagi masa dekat rumah sendiri..memang kalau duduk dalam kolej ni macam terkongkong sebab susah nak keluar masuk tapi bagi aku yang bukan jenis merayau ni tak kisah lah kan..

 Second, keselamatan terjamin mana taknya orang luar nak masuk dalam pun kena tinggal IC or License.. dari aspek keselamatan yang lain pulak aku pegi kelas naik motor, memang boleh nak naik kereta tapi masalah parking penuh tu yang tak tahan, pusing sampai 3 kali baru nak dapat tu pun ikut nasib jugak..salah parking guard saman kalau tak saman,nasib tak baik kereta boleh kena claim terus..saman dalam U ni bukan sikit- sikit paling murah RM25 tu pun lepas compound kalau tak RM100-150, so aku rasa better aku duduk dalam asrama :)



ni kolej aku sem lepas, selesa sangat- sangat dah tu dapat internet pulak sebab bilik dekat dengan wifi.. doakan aku dapat kolej ok :)


with luv, Fatin's ;)



my last semester

Assalamualaikum.

Lamanya aku tak jenguk belog aku ni entak- entah one day nanti aku tutup account ni terus pe sebab tak layak untuk ada belog bagi warga yang malas macam aku ni... --"

Alhamdulillah, sekarang aku dah start class untuk semester 5... yayyy this is my final semester..so far my class and everything gonna be fine..sebenarnya kan kelas aku dah dua minggu pun tp baru sekarang ada masa terluang nak update belog .. sem 5 ni aku kena struggle more and more sebab sub sem ni sangatlah membunuh.. aku haruslah berubah sikap dan belajar menjadi seorang pelajar yang rajin and bukan lagi jenis study last minutes... cakap je nak berubah kan cakap je la ... --""


sub aku sem ni semua membaca!! I repeat membaca tau, aku ni dah la kurang makan kismis, macam mana lah nak kuatkan daya ingatan ni... tapi alhamdulillah sem lepas aku lulus semua sub so aku percaya sem ni aku boleh buat yang terbaik :)