my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Sunday, April 3, 2011

doa menghadapi peperiksaan!

assalamualaikum.
-alhamdulilah-

exam just around the corner! so entry kali ni ak ada sediakan korang berberapa doa untuk korang sekalian praktikan.

TERLEBIH DAHULU ANDA MESTI INGAT 3 PERKARA:
  1. USAHA
  2. BERDOA
  3. TAWAKAL
pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.ok!

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah (mengkaji) matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)



(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


gambaran dlm dewan peperiksaan! gelabah habes..

********


semoga kita semua memperoleh keputusan yang cemerlang. amin.
wasalam-
exam mood!

2 comments:

  1. sentiasa kembali kpdNya. chaiyok fatin! :)

    ReplyDelete
  2. study hard, leh bantu kakmi nanti, haha :)

    ReplyDelete