ASSALAMUALAIKUM..?? hai u' all...
mesti semua macam ghairah je tgk tajuk entry kali ni... semenjak dua menjak tiga menjak dan empat menjak ni ak rajin update blog ak kan?? ak pn naik pelik dan hairan.. padahal xda apa pn yg nak dihairan kan sbb ak cuti sem skrg ni dk umah relex2 jeww nak keje tidak mendapat restu mana2 pihak.. so just stay at home like a GOOD GIRL do
(saja besarkan caption tu bg korg nampak skit)
>.<
...........................................................................
[ maaf entry kali ni xda gambar ]
camera memory full ! (alasan) padahal malas nak upload ! haha !
mari soksehsokseh bersama saya !
mula: pada suatu hari.... xde lah igt ni darjah dua ke nak starting cerita je kena pada suatu hari i already 8teen lah (sudah cukup umur utk tgk wayang SX) haha saje nak gtau bufday i baru je berlepas beberapa hari yg lalu, tp nak bg hadiah sempat lg tau u oll ! (:
dah mari i bg beberapa
tips untuk nikmati kegembiraan !!
kita tidak dapat lari daripada perasaan sedih dan kecewa dalam kehidupan kita. kengkadang perkara kecil pown boleh menguris perasaan. .banyak cara untuk menghilangkan perasaan itu cuma bergantung pada ketahanan mental dan emosi kita..ada beberapa tip yg nak i share ngn u oll ok now scrool mouse korg ke bawah cepat ! :)
- lupakan kenangan pahit... bunyinya agak senang tetapi agak susah untuk diaplikasikan. ok cuba latih diri u all utk tidak mengingati emosi lalu. tanamkan azam utk fokus kepada masa depan u all, cita2, famly, career n friends. even proses ni mengambil masa tetapi ia boleh dipercepatkan dgn disiplin diri dan cuba alihkan perhatian kpd perkara lain .
- sentiasa bersyukur... ucapkan syukur seikhlas hati kerana anda masih mampu melihat, mempunyai 5 deria yang lengkap dan kawan rapat yang memahami. ucapan alhamdulilah setiap hari membantu meresap jauh ke dalam diri kita.
- buang sikap risau... perasaan risau akan menjadikan u all sedih, kecewa dan takut . buang sikap risau, cuba belajar utk bertenang dan latih diri utk mengawalnya.
- ubah fikiran... situasi sedih dan kecewa tidak akan merubah segalanya. sebaliknya, cuba fikir perkara yang baik- baik dan cari nilai positif. ia mungkin memberi keuntungan dalam jangka masa panjang ! :)
- belajar menjadi pemaaf...sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi takut, sedih, kecewa, cemburu atau dendam. belajar menjadi pemaaf akan memberi ketenangan kepada diri kita..
- ketawa dan hiburkan hati...ketawa itu tidak boleh dibuat -buat, sebaliknya ketawa itu biarlah benar- benar mengembirakan anda. menonton cerita lucu, membaca komik, bersama kawan- kawan yang pandai berjenaka boleh membuatkan kita ketawa tanpa dipaksa. ketawa boleh menghilangkan perasaan sedih.
- hati mesti 'keras'... dengan keras hati, ia memberi kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka. anggap musibah yang berlaku kepada kita adalah balasan kecil atas perbuatan kita di masa lalu. sebelum tido, tanamkan dalam minda untuk menjadi seorang yang ceria pada keesokkan harinya. apabila bangun tido, katakanlah hari ini adalah hari baru untu anda.so, tekadkan dalam diri anda untuk menjadikan hari ini adalah hari yang baik dan sebaik yang mungkin dari hari sebelumnya..
thanks for read this entry ! :)
No comments:
Post a Comment