my digi buddies

The Manager !!

My photo
penang, Malaysia
21 years old. Student UITM -keep loving me ♥

Saturday, April 20, 2013

End of Diploma.

Assalamualaikum. Hai, Lambai Tangan =)

Dari Dec 2010- Apr 2013 Diploma in Public Administration, UITM Merbok, Kedah.

Lama tau duduk kedah, sampai sekarang balik penang cakap kedah dah "awat tah taktau" "kat mana tah taktau" antara fav ayat yang dah lekat dimulut ahah. Kalau nak cakap pasal duit belanja habis dekat minyak kereta je la sebab rajin sangat balik, pantang lah class cancel, pantang lah weekend takda program khamis sampai lah rumah :)


at the end habis jugak study, Alhamdulillah, syukur ya Allah bagi peluang ni. In sya Allah kalau diberi peluang dan rezki sambung degree nanti dapat timba ilmu baru dekat tempat lain mana tahu kan. hopefully dapat sambung degree sebab tak puas lagi nak belajar and banyak benda lagi nak kena belajar dan perlu ada dalam hidup ni.

Banyak sangat pengalaman di UiTM Merbok, kena marah dengan guard sebab balik lambat, padahal family hantar, dia suruh jalan masuk tambah pulak dalam masa tu hujan (sampai hati pak guard tu). yang paling anti sekali dengan guard lah sebab banyak benda yang terhalang.

contohnya haritu class pagi kul 8pagi ada quiz pulak, dah jalan setengan perjalanan nak sampai class dah, guard tunggu, kena pulak time tu tertinggal matrik card, patah balik bilik pergi ambil matrik card tengok- tengok patah balik guard dah tak da, sampai class lambat quiz pun dah start, kerusi plak tak cukup, dah lambat bertambah lambat.

Baru cerita pasal guard dah satu perenggang belum lagi cerita pasal budak mandi lama dekat shower ahahh.. kita ni pergi class sampai balik class tak habis- habis lagi mandi. boleh anda bayangkan tak? kalau aku mandi lama ni habis lah kecut jari- jari tambah plak time pagi dengan sejuk tapi budak ni steady je tau. engkau tak do. Kalau nak cerita pasal kenangan ni memang banyak lah kan   =)




ready for presentation. haa nampak kan muka excited kat situ =)

boleh kira lah aku pegi library brapa kali ja. ni pulun sebab paper Law. Law k Law yang susah and banyak sangat case should be remembered arrgh mengeluh* sapa yang sambung study course law ni mmg aku  saluttttt =)

aww omey omey one for me one for Ilah. walhal tak pakai sangat pon saja buat bagi ada =)

mereka budak sekolah lagi. ok tak ni just for short iklan our assessment work (part 4)
 zoom in see the twin beside me.

 hanya berbekalkan dua highlighter dan sebatang pen bukan untuk menulis note malah sebagai tongkat dagu serta membuat muka boring sudah memadai untuk class 2jam .
tudung instant adalah kegemaran aku by 15minit boleh siap ke kelas. Kan dah tak membuang masa tido aku :)

 nampak sangat asyik pakai baju yang sama, just tukar- tukar tudung ja bhaha..

 meja memang selalunya kemas sebab yang selalu disepahkan adalah katil. study bukan dimeja tapi dikatil, agak mengantuk tido terus kan =)

Tabung hasil buat business print n photostat Alhamdulillah banyak jugak dapat. Tabung ni dari aku zaman sekolah.










Have a Nice Day :) Wasallam
With Luv Fateynss 


No comments:

Post a Comment